Tuesday 5 July 2011

KENAPA SEMUA ORANG PERLU MENYIMPAN EMAS

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mem punyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan. Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram dan pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM129 segram, betapa besar perbezaannya.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Emas ada suatu komoditi yang kalis inflasi
. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup. Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.

4. Aset yang terunggul
Emas adalah suatu pelaburan yang tidak susut nilai & merupakan aset selain hartanah dan ia melambangkan kekayaan sebenar. Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap perada ban dunia. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh di cairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah
negara kita dilanda peperangan dan kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh    ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Diharap mendapat pengetahuan dan informasi berguna.
 Efendi Mahat
 Hijrah Emas

No comments:

Post a Comment