Wednesday 7 December 2011

PELABURAN BIJAK EMAS


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kami di Hijrah Emas menyediakan perkhidmatan seperti jual/beli emas, emas terpakai, barang kemas serta membeli surat pajak.

Harga kami sangat berpatutan, murah dari harga di pasaran dan tiada kos upah. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami untuk membuat urusan jual beli emas.

Bagi yang berminat membuat pelaburan bijak melalui emas , anda cuma perlu bayar 35% dari jumlah sebenar harga emas dan baki lagi 65%, kami akan membawa anda ke bank untuk urusan gadaian emas tersebut. Anda hanya bermodalkan 35% dari harga penuh emas. caranya seperti berikut:

Contoh:

Harga emas semasa hari ini 7/12/2011 – RM 208.00/gram

Anda berminat untuk membeli 10g – RM 208-00 X 10G = RM 2,080-00

Modal untuk 10g cuma 35% dari harga sebenar – RM 2,080-00 x 35% =RM 728-00

Seperti yang kita ketahui emas akan naik setiap tahun dan anggaran kenaikan adalah 30%, maka keuntungan anda adalah:

RM 2,080-00 X 30% = RM 624-00

Jadi dengan bermodalkan RM 728-00 untuk 10g emas dan anggaran kenaikan 30% setahun, anda memperolehi keuntungan sebanyak RM 624-00. Secara dasarnya dengan bermodalkan RM 728-00 anda memperolehi sebanyak 85.71% keuntungan kerana modal anda hanya 35% dari harga emas sebenar.

Keliru? Masih kurang faham?

Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi kami. Insyallah kami akan bantu.

Efendi Mahat
SME SUCCESS CONSULTANCY
Tel      : 010-2605534
Email : hijrahemas@yahoo.com

Tuesday 6 December 2011

PELABURAN EMAS


Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, heboh orang memperkatakan tentang pelaburan emas. Harganya terus naik mencanak sejak kebelakangan ini melepasi harga RM200 segram.  Ramai yang memperkatakannya. Maka ramailah orang mula terjun ke dalam pelaburan emas.

Malangnya, ramai yang melabur dalam emas tak tahu bagaimana cara sebenar untuk memulakannya. Lebih ramai yang hanya ikut-ikutan melabur hanya kerana mendengar cerita indah dari rakan-rakan masing-masing.

Akibatnya ramai yang agak gelisah apabila melihat penurunan harga emas sejak tahun 2011. Tambahan lagi menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, harganya terus jatuh merosot tetapi ada yang tersenyum lebar apabila kenaikan harga emas sejak kebelakangan ini.

Ubtuk pengetahuan anda, melabur dalam emas ini hanya bergantung semata-mata pada kenaikan harga emas. Ianya tak membayar sebarang faedah mahu pun dividen. Jadi jika harga emas naik, anda mungkin untung dan jika harga jatuh, anda mungkin mengalami kerugian.

Tapi tuan-puan jangan salah faham. Ianya hanya menjadi untung jika anda menjualnya ketika harganya melebihi harga modal ketika anda membelinya dan rugi jika anda menjualnya lebih rendah daripada harga modal ketika anda mendapatkannya!

Dalam pelaburan emas ada banyak bentuk seperti:
  • Emas fizikal.
  • Syiling emas.
  • Jual beli emas.
  • Pajak gadaian emas.
  • Akaun emas.

Bagi mereka yang tak mahu ambil risiko kehilangan emas dalam simpanan mereka, pilihan yang terbaik adalah dengan membeli emas melalui Akaun Emas yang ditawarkan oleh kebanyakan bank sejak kebelakangan ini.

Akaun Emas atau dikenali juga sebagai akaun simpanan pelaburan emas juga tak lari daripada risiko kerugian jika anda tak tahu bagaimana cara untuk jana keuntungan melaluinya!

Jadi jika sekiranya anda berminat untuk menjana kekayaan dan keuntungan melalui akaun emas ini maka saya sediakan mengajar serta berkongsi ilmu untuk anda menceburi bidang ini.

Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Efendi mahat
SME SUCCESS CONSULTANCY
H/P: 010-2605534
Fax : 03- 42700 0375
Email: hijrahemas@yahoo.com