Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, heboh orang memperkatakan tentang
pelaburan emas. Harganya terus naik mencanak sejak kebelakangan ini melepasi
harga RM200 segram. Ramai yang memperkatakannya. Maka ramailah orang mula
terjun ke dalam pelaburan emas.
Malangnya, ramai yang melabur dalam emas tak tahu bagaimana cara sebenar
untuk memulakannya. Lebih ramai yang hanya ikut-ikutan melabur hanya kerana
mendengar cerita indah dari rakan-rakan masing-masing.
Akibatnya ramai yang agak gelisah apabila melihat penurunan
harga emas sejak tahun 2011. Tambahan lagi menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang lalu,
harganya terus jatuh merosot tetapi ada yang tersenyum lebar apabila kenaikan harga emas sejak kebelakangan ini.
Ubtuk pengetahuan anda, melabur dalam emas
ini hanya bergantung semata-mata pada kenaikan harga emas. Ianya tak membayar sebarang faedah mahu pun dividen. Jadi jika harga emas
naik, anda mungkin untung dan jika harga jatuh, anda mungkin mengalami
kerugian.
Tapi tuan-puan jangan salah faham. Ianya hanya menjadi untung jika anda
menjualnya ketika harganya melebihi harga modal ketika anda membelinya dan rugi
jika anda menjualnya lebih rendah daripada harga modal ketika anda
mendapatkannya!
Dalam pelaburan emas ada banyak bentuk seperti:
- Emas fizikal.
- Syiling emas.
- Jual beli emas.
- Pajak gadaian emas.
- Akaun emas.
Bagi mereka yang tak mahu ambil risiko kehilangan emas dalam simpanan
mereka, pilihan yang terbaik adalah dengan membeli emas melalui Akaun Emas yang
ditawarkan oleh kebanyakan bank sejak kebelakangan ini.
Akaun Emas atau dikenali juga sebagai akaun simpanan pelaburan emas juga tak
lari daripada risiko kerugian jika anda tak tahu bagaimana cara untuk jana
keuntungan melaluinya!
Jadi jika sekiranya anda berminat untuk menjana kekayaan dan keuntungan
melalui akaun emas ini maka saya sediakan mengajar serta berkongsi ilmu untuk anda menceburi bidang ini.
Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Efendi mahat
SME SUCCESS CONSULTANCY
H/P: 010-2605534
Fax : 03- 42700 0375
Email: hijrahemas@yahoo.com
No comments:
Post a Comment