Sunday 3 July 2011

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI EMAS

Membeli emas untuk penyimpanan kedengaran sedikit janggal kerana ramai beranggapan logam kuning keemasan itu lebih terserlah kemewahan dan ketinggian mutunya apabila dipamerkan sebagai perhiasan diri. Bagaimanapun, kemelut ekonomi yang melanda dunia menyebabkan ramai mula sedar mengenai kepentingan membeli emas untuk dijadikan aset pelaburan.

Perkataan emas atau 'gold' berasal daripada perkataan Indo-Eropah iaitu kuning yang merujuk kepada logam yang menonjol sifatnya. Seistimewa rupa dan nilainya, emas juga bersifat kekal. Selain melambangkan ketulenan, bernilai tinggi, kedaulatan dan simbol status, emas juga menjadi lambang kemewahan kepada individu atau sesebuah negara yang memilikinya.

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, heboh orang memperkatakan tentang pelaburan emas. Harganya terus naik mencanak sejak kebelakangan ini melepasi harga RM150 gram.yang memperkatakannya, maka ramailah orang mula terjun ke dalam pelaburan emas. Malangnya, ramai yang melabur dalam emas tak tahu bagaimana cara sebenar untuk memulakannya.

Pada 2003, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pernah melihat kebaikan dinar emas sebagai mata wang seragam dan tetap nilai seperti diperkenalkan ketika zaman Rasulullah SAW. Sayangnya ketika itu idea Tun Dr Mahathir agak sukar untuk diterima, dipandang remeh serta dilihat sebagai saingan dan seakan hendak meniru euro dolar Eropah.

Mengapa melabur emas? Jawapannya sangat mudah. Melabur emas bukan sekadar mendapatkan keuntungan ke atas modal tapi juga melindungi nilai aset daripada inflasi dan deflasi. Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Di Hijrah Emas, kami memberi jaminan bahawa setiap pelanggan yang membeli dan menyimpan emas ditawarkan emas fizikal iaitu emas sebenar yang boleh dilihat, dipegang dan disimpan sebelum dicagarkan di skim  Ar-Rahnu ditawarkan Bank Rakyat. Pemilik emas mempunyai pilihan sama ada menyimpan sendiri emas milik mereka atau menyimpannya di peti simpanan bank. Jika mereka inginkan wang di saat memerlukan, simpanan emas fizikal berkenaan boleh dijual tapi nilainya akan susut antara 15 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

Pemilik emas boleh mendapatkan pinjaman atau modal pusingan pada kadar 65 hingga 70 peratus dengan mencagarkan emas di Bank Rakyat.  Emas yang dicagar boleh ditebus atau diambil kembali dengan menunjukkan surat pajakan, kad pengenalan, membayar jumlah prinsipal pinjaman dan upah simpan (Ar-Rahnu) atau faedah (pajak gadai konvensional)

Selain program pembelian emas, di Hijrah Emas menawarkan program dua iaitu beli satu  gram dan dipinjamkan dua gram daripada ke dalam akaun simpanan untuk menggalakkan mereka membuat tambahan simpanan emas apabila tempoh gadaian pertama tamat. Hibah diberikan di dalam bentuk tunai setiap bulan yang dibeli selama enam bulan.

Kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang ini menarik orang ramai untuk menyimpan emas sebagai aset yang nilainya takkan susut. Bermula dari tahun 2000 sampai tahun 2010 harga emas yang dicatatkan adalah melebihi 100 peratus kenaikan.

Harga emas yang ditutup tahun lalu pada AS$1,421. 40 perauns, naik kira-kira 30 peratus tahun lalu selepas meningkat hampir tiada gangguan sejak Januari, manakala harga minyak pada paras yang kebanyakkanya penganalisa menyifatkan sebagai tidak mungkin dapat mencapai sasaran enam bulan lalu. Ini bermakna kenaikan jauh lebih tinggi berbanding dengan kenaikan minyak.

Menurut penganalisis yang dipetik dalam surat khabar,menjangkakan kenaikan harga dan naik turun pasaran berterusan pada 2011 ini. Bila orang ramai tidak berpegang pada wang dolar, ini adalah salah satu faktor melonjaknya harga emas, hari ini dolar dilihat sebagai matawang yang tidak setabil berbanding dengan matawang yang lain,ini adalah sedikit sebanyak mendorong orang ramai untuk memiliki emas sebagai pegangan yang selamat.

Pasaran emas 2010 adalah pasaran yang paling sibuk berbanding dengan saham-saham yang lain,mungkin faktor kesedaran orang ramai untuk membeli dan menyimpan emas untuk masa hadapan. Menurut penganalisis kanan komuniti di CPM Group New York, Harga emas terus meningkat sehingga separuh kedua 2011, kata Rohid Savand.

No comments:

Post a Comment