Monday 4 July 2011

FAKTA MENGENAI EMAS

Dalam artikel kali ini saya akan kupaskan fakta mengenai emas untuk pengetahuan kita semua. Kebanyakkan orang ingin melabur dalam industri emas tetapi pengetahuan asas mereka tidak ambil tahu. Di sini saya mengambil kesempatan untuk memberi informasi asas mengenai emas.

Antara fakta penting mengenai emas adalah:
  • Ahli kimia tidak pernah berjaya menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.
  • Sifat emas tulen adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuK. 
  • Emas asli boleh disahkan tulen melalui dua cara mudah iaitu apabila digigit, ia meninggalkan kesan  lekuk gigi, kedua apabila dibakar atau dicairkan, ia tidak berubah warna.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan. Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Nilai emas tidak menyusut tapi jika anda perhatikan nilai mata wang mudah mengalami kejatuhan. Tidak keterlaluan dikatakan, di saat negara bergolak mata wang tidak menjanjikan jaminan kesenangan atau  pengaruh.  

Perniagaan emas adalah salah satu perniagaan yang mulia disisi islam ianya salah satu barang dagangan atau barang pertukaran yang di wajibkan zakat dalam Islam, termasuk la juga perak. Di sini, kita dapat melihat perniagaan emas adalah salah satu perniagaan yang besar kedudukanya,tidak seperti perniagaan yang lain-lain.

Saya sarankan sekiranya ada lebihan wang atau modal elokklah melabur dalam emas kerana ianya bukannya sekadar menguntungkan malah ianya merupakan aset yang penting dalam apa juga keadaan.

No comments:

Post a Comment