Sunday 16 October 2011

MAKSUD KARAT

Apa maksud karat 24K dan 22K. 
Adakah 22K adalah 916. 
Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat.

Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion atau dari dan dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob.
Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik

Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi

Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.

24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.



Wednesday 5 October 2011

AR RAHNU

Definisi dari sudut syarak
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.


Definisi dari sudut bahasa:

 

Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
 
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerja kannya" (Surah al-Muddaththir 74:38)


Rukun


1. Penggadai atau orang yang menggadai iaitu orang yang berhutang.

2. Penerima gadaian atau pemegang gadai iaitu orang yang memberi 

   pinjaman.
3. 
Barang gadaian iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam 
    kawalan penerima pinjaman.
4. Tanggungan gadaian iaitu jumlah yang berhutang.

5. Sighah atau perjanjian iaitu berkaitan dengan pinjaman/hutang atau 

    gadaian.

Tuesday 4 October 2011

PAJAK GADAI EMAS

Sistem Pajak Gadai di Malaysia.

Terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:
1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional
· Dikuasai oleh orang bukan Islam.
· Tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972.
· Ia mengenakan faedah atau riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan.
· Tempoh maksima pajakan 6 bulan.
· Maksima pinjaman ialah RM 5000.00

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

· Tidak mengenakan faedah atau riba sebaliknya menggunakan konsep 

  upah simpan.
· Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
· Caj perkhidmatan yang rendah.
· Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
· Tempoh membayar balik yang munasabah.
· Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.
· Di Malaysia bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank  

  Rakyat dan Agro Bank.