Sunday, 16 October 2011

MAKSUD KARAT

Apa maksud karat 24K dan 22K. 
Adakah 22K adalah 916. 
Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat.

Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion atau dari dan dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob.
Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik

Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi

Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.

24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan warna, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.



Wednesday, 5 October 2011

AR RAHNU

Definisi dari sudut syarak
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.


Definisi dari sudut bahasa:

 

Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
 
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerja kannya" (Surah al-Muddaththir 74:38)


Rukun


1. Penggadai atau orang yang menggadai iaitu orang yang berhutang.

2. Penerima gadaian atau pemegang gadai iaitu orang yang memberi 

   pinjaman.
3. 
Barang gadaian iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam 
    kawalan penerima pinjaman.
4. Tanggungan gadaian iaitu jumlah yang berhutang.

5. Sighah atau perjanjian iaitu berkaitan dengan pinjaman/hutang atau 

    gadaian.

Tuesday, 4 October 2011

PAJAK GADAI EMAS

Sistem Pajak Gadai di Malaysia.

Terdapat 2 sistem pajak gadai di Malaysia iaitu:
1. Sistem pajak gadai konvensional
2. Sistem pajak gadai berkonsep Islam (Ar-Rahnu)

Sistem pajak gadai konvensional
· Dikuasai oleh orang bukan Islam.
· Tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972.
· Ia mengenakan faedah atau riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan.
· Tempoh maksima pajakan 6 bulan.
· Maksima pinjaman ialah RM 5000.00

Sistem pajak gadai berkonsep Islam Ar-Rahnu.

· Tidak mengenakan faedah atau riba sebaliknya menggunakan konsep 

  upah simpan.
· Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
· Caj perkhidmatan yang rendah.
· Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
· Tempoh membayar balik yang munasabah.
· Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.
· Di Malaysia bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank  

  Rakyat dan Agro Bank.

Saturday, 23 July 2011

JENIS EMAS DAN KANDUNGANNYA


1)   Emas 999 
  • Mempunyai kandungan 99.9% emas
  • Tidak di campur dengan bahan-bahan lain (pure emas)
  • Di kenali juga sebagai Emas 10 & Emas 24 Karat (24K)
  • Kebanyakkan berbentuk ‘gold bar’.

2)   Emas 950
  • Mempunyai kandungan 95.0% emas.
  • Mempunyai 5.0% campuran kandungan lain seperti besi, aluminium dan sebagainya
  • Di kenali juga sebagai Emas 23 Karat (23K)

3)   Emas 916
  • Mempunyai kandungan 91.6% emas.
  • Mempunyai 8.4% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Di kenali juga sebagai Emas 22 Karat (22K)
  • Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas diseluruh Malaysia.

4)   Emas 835
  • Mempunyai kandungan 83.5% emas.
  • Mempunyai 16.5% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya.
  • Di kenali juga sebagai Emas 20 Karat (20K)
  • Amat terkenal dan popular di kalangan peminat emas di Kelantan.

5)   Emas 750
  • Mempunyai kandungan 75% emas.
  • Mempunyai 25% adalah campuran kandungan lain seperti besi, tembaga, aluminium dan sebagainya
  • Di kenali juga sebagai Paun atau Emas 18 Karat (18K)
  • Kurang polular dikalangan pembeli emas kerana mutunya,

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Friday, 8 July 2011

PROMOSI HARGA RENDAH

Jual Emas RM10 segram lebih murah dari harga pasaran. Tiada kos upah pasaran.

Kami di Hijrah Emas menawarkan kadar potongan harga jualan emas sebanyak RM10 segram berbanding dengan harga pasaran.

Harga pasaran 8/7/2011

999 Gold : RM177.00/gm
916 Gold : RM167.00/gm
835 Gold : RM153.00/gm
750 Gold : RM138.00/gm
375 Gold : RM75.00/gm

Last updated on 8 Jul 2011.

Bagaimana Anda Untung Tentang Promosi ini.

Contoh harga hari ini (8/7/11) RM 177-00 segram dan harga jualan kami adalah RM 167-00 segram....

Contoh:
Anda membeli – 100g. Harga hari ini (8/7/2011)
100g x RM 177-00 = RM 17,700-00
Potongan RM 10 x 100 gram = RM 1,000-00
Harga Jualan Kami = RM 16,700-00

Sekiranya anda membeli 100 gram, kadar potongan yang anda perolehi adalah sebanyak RM 1000.00. Banyak kan .. Jangan lepaskan tawaran ini, hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Efendi Mahat
JDE BUSINESS SOLUTION
Tel : 03-9200 2515
H/P: 010 – 2605534

Wednesday, 6 July 2011

KENAPA MEMILIH EMAS UNTUK PELABURAN MASA DEPAN.

 Apa maksud keuntungan pelaburan emas? Caranya?
Sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.

Selepas membeli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya

Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV, LCD, Laptop, Motosikal dan sebagainya) Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6 bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma.

Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali,  dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah mengganda kan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah menutup (cover) semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.

Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seadainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah di minimakan oleh emas.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara menyimpan emas dan meggandakan aliran tunai, sila hubungi kami.

Efendi Mahat
Perunding Perniagaan Anda 
H/P: 010-2605534

Tuesday, 5 July 2011

KENAPA SEMUA ORANG PERLU MENYIMPAN EMAS

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mem punyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan. Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram dan pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM129 segram, betapa besar perbezaannya.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Emas ada suatu komoditi yang kalis inflasi
. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2011? RM 5 sehari pun tidak cukup. Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.

4. Aset yang terunggul
Emas adalah suatu pelaburan yang tidak susut nilai & merupakan aset selain hartanah dan ia melambangkan kekayaan sebenar. Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap perada ban dunia. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh di cairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah
negara kita dilanda peperangan dan kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh    ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

Diharap mendapat pengetahuan dan informasi berguna.
 Efendi Mahat
 Hijrah Emas